Jumaat, 26 Oktober 2018

Minggu 3 - Menggunakan aplikasi Powtoon.



REFLEKSI

Refleksi yang saya perolehi daripada penggunaan aplikasi Powtoon ini adalah dapat menghasilkan satu video tentang pengenalan diri saya yang menarik dan interaktif. Hal ini demikian kerana aplikasi Powtoon ini mencakup segala aspek indera iaitu mempunyai pelbagai media yang menarik untuk ditayangkan kepada pelajar. Selain itu juga, ia mempunyai variasi yang pelbagai seperti jenis font yang berbeza,  bentuk,  latar belakang , muzik dan lain-lain.  Seterusnya,  ia juga dapat digunakan dalam kelompok yang besar. Saya juga boleh membuat satu aktiviti di dalam kelas yang mempunyai akses internet untuk pelajar-pelajar menghasilkan satu video tentang 'Pengenalan Diri' menggunakan aplikasi Powtoon ini secara individu dan meneroka 'tools' dan media yang terdapat dalam aplikasi ini. Namun begitu,  terdapat juga kekurangan di mana aplikasi ini terlalu bergantung kepada sambungan rangkaian internet maka terdapat sedikit kesulitan jika rangkaian internet lemah. 


REFLEKSI

Refleksi yang dapat saya simpulkan ialah aplikasi Powtoon ini memudahkan sesi pembelajaran di mana aplikasi ini memperjelas pesanan yang ingin disampaikan agar tidak terlalu bersifat kompleks.  Hal ini demikian kerana saya hanya akan memasukkan info-info yang penting secara ringkas agar pelajar mudah faham dan ingat. Selain itu,  saya juga boleh memasukkan contoh-contoh gambar supaya pelajar lebih jelas terhadap info yang ingin disampaikan.  Tambahan pula,  muzik yang terdapat pada aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan dan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan semasa menonton video tersebut. Namun begitu,  terdapat kekurangan di mana terdapat beberapa bahagian yang memerlukan pembelian jika ingin menggunakannya. Selain itu,  aplikasi ini bergantung kepada sambungan rangkaian internet dan perlu disesuaikan antara perkakasan dan keperluan perisian.

Minggu 2 - Pengenalan Seni Teknologi (menggunakan aplikasi Mentimeter).


"Pembelajaran mengenai Pengenalan Seni dan Teknologi menggunakan aplikasi Mentimeter."

Pada Minggu ke-2, Pensyarah MSP3062 kami iaitu Dr. Syazwani telah menanyakan kami tentang apakah maksud Seni dan Teknologi. Kami memberikan pandangan masing-masing dengan menggunakan aplikasi mentimeter. Kemudian pandangan kami itu dipaparkan di hadapan LCD. Teknologi di dalam Pendidikan Seni adalah lebih tertumpu kepada penggunaan bahan elektronik dan perkomputeran. Selain itu juga, kami juga diminta untuk memberikan pendapat tentang pengetahuan yang kami ada tentang Web 2.0 dan Web 3.0 melalui aplikasi mentimeter.

Web 2.0 memindahkan halaman HTML statik ke pengalaman web yang lebih interaktif dan dinamik. Web 2.0 memberi tumpuan kepada keupayaan orang untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam talian menerusi media sosial, blog dan komuniti berasaskan Web. Web 2.0 memberi isyarat perubahan di mana web di seluruh dunia menjadi pengalaman interaktif antara pengguna dan penerbit Web. Ia juga mewakili versi Web yang lebih popular, di mana alat-alat baru membolehkan hampir semua orang menyumbang, tanpa mengira pengetahuan teknikal mereka.


Manakala, Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web semantik. Keunikan dari Web 3.0 adalah konsep dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Selain itu juga, jika seseorang sedang bersiap sedia untuk bercuti dan perlu mencari penerbangan murah dan penginapan serta makanan, Web 3.0 akan dapat mengikis semua maklumat ini dan membentangkannya kepada pengguna dengan cara yang sangat pintar,dan membuat cadangan yang tepat dan menguntungkan berdasarkan profil pengguna.








Sila tekan link dibawah untuk mencuba aplikasi ini:



REFLEKSI (Mentimeter)

Refleksi yang dapat saya simpulkan melalui penggunaan aplikasi Mentimeter ini ialah merupakan satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran. Kelebihan penggunaan Mentimeter ialah peransang dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian saya dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Selain itu, boleh memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis. Seterusnya, memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘ pada Mentimeter, pelajar bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat dapat dipertingkatkan.

Minggu Terakhir - Animation Photoshop

Menghasilkan header menggunakan Photoshop. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami pada minggu ini ialah menghasilkan sebuah header...