"Pembelajaran mengenai Pengenalan Seni dan Teknologi menggunakan aplikasi Mentimeter."
Pada Minggu ke-2, Pensyarah MSP3062 kami iaitu Dr. Syazwani telah menanyakan kami tentang apakah maksud Seni dan Teknologi. Kami memberikan pandangan masing-masing dengan menggunakan aplikasi mentimeter. Kemudian pandangan kami itu dipaparkan di hadapan LCD. Teknologi di dalam Pendidikan Seni adalah lebih tertumpu kepada penggunaan bahan elektronik dan perkomputeran. Selain itu juga, kami juga diminta untuk memberikan pendapat tentang pengetahuan yang kami ada tentang Web 2.0 dan Web 3.0 melalui aplikasi mentimeter.
Web 2.0 memindahkan halaman HTML statik ke pengalaman web yang lebih interaktif dan dinamik. Web 2.0 memberi tumpuan kepada keupayaan orang untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam talian menerusi media sosial, blog dan komuniti berasaskan Web. Web 2.0 memberi isyarat perubahan di mana web di seluruh dunia menjadi pengalaman interaktif antara pengguna dan penerbit Web. Ia juga mewakili versi Web yang lebih popular, di mana alat-alat baru membolehkan hampir semua orang menyumbang, tanpa mengira pengetahuan teknikal mereka.
Manakala, Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web semantik. Keunikan dari Web 3.0 adalah konsep dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Selain itu juga, jika seseorang sedang bersiap sedia untuk bercuti dan perlu mencari penerbangan murah dan penginapan serta makanan, Web 3.0 akan dapat mengikis semua maklumat ini dan membentangkannya kepada pengguna dengan cara yang sangat pintar,dan membuat cadangan yang tepat dan menguntungkan berdasarkan profil pengguna.

REFLEKSI (Mentimeter)
Refleksi yang dapat saya simpulkan melalui penggunaan aplikasi Mentimeter ini ialah merupakan satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran. Kelebihan penggunaan Mentimeter ialah peransang dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian saya dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Selain itu, boleh memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis. Seterusnya, memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘ pada Mentimeter, pelajar bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat dapat dipertingkatkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan