Tahukah anda apa itu padlet ?
Padlet ialah web kolaboratif yang membolehkan pelajar menjadi seorang penghasil dan juga pada masa yang sama seorang pengguna dan bukan hanya sebagai seorang pengguna biasa. Padlet juga merupakan ialah aplikasi internet yang membolehkan pengguna menyiarkan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Malah, pengguna juga boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai (Sharon Tonner, 2011 dalam, Mohammed Amin Embi, 2013).
Pada minggu ini, pensyarah kami telah menjalankan satu aktiviti dimana mengadakan satu perbincangan secara berkolaboratif tentang Bidang Reka Bentuk dalam Seni Visual dengan menggunakan aplikasi padlet. Pada mulanya kami mendaftar akaun untuk padlet masing-masing. Kemudian, kami mengubahsuai tema di interface padlet mengikut kreativiti masing-masing. Bagi topik perbincangan ini, saya telah memilih untuk berbincang bersama rakan tentang bidang Reka Bentuk Landskap di halaman padlet saya. Dengan itu, terdapat kelebihan iaitu sesi perbincangan dapat berjalan dengan menarik dan santai serta kami saling bertukar-tukar pandangan tentang topik yang dibincangkan di ‘wall’ yang terdapat di halaman tersebut. Tambahan pula, kami dapat saling bertukar-tukar gambar tentang topik yang dibincangkan. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memberikan maklum balas tentang topik yang dibincangkan di halaman padlet rakan-rakan yang lain. Menariknya penggunaan padlet ini kerana kami seramai 11 orang ahli termasuk pensyarah kami dapat bersama-sama berbincang di dalam satu aplikasi. Namun, terdapat kekurangan dalam menggunakan aplikasi padlet di mana ia memerlukan penggunaan internet untuk perbincangan itu dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan