REFLEKSI
Refleksi yang saya perolehi daripada penggunaan aplikasi Powtoon ini adalah dapat menghasilkan satu video tentang pengenalan diri saya yang menarik dan interaktif. Hal ini demikian kerana aplikasi Powtoon ini mencakup segala aspek indera iaitu mempunyai pelbagai media yang menarik untuk ditayangkan kepada pelajar. Selain itu juga, ia mempunyai variasi yang pelbagai seperti jenis font yang berbeza, bentuk, latar belakang , muzik dan lain-lain. Seterusnya, ia juga dapat digunakan dalam kelompok yang besar. Saya juga boleh membuat satu aktiviti di dalam kelas yang mempunyai akses internet untuk pelajar-pelajar menghasilkan satu video tentang 'Pengenalan Diri' menggunakan aplikasi Powtoon ini secara individu dan meneroka 'tools' dan media yang terdapat dalam aplikasi ini. Namun begitu, terdapat juga kekurangan di mana aplikasi ini terlalu bergantung kepada sambungan rangkaian internet maka terdapat sedikit kesulitan jika rangkaian internet lemah.
Refleksi yang dapat saya simpulkan ialah aplikasi Powtoon ini memudahkan sesi pembelajaran di mana aplikasi ini memperjelas pesanan yang ingin disampaikan agar tidak terlalu bersifat kompleks. Hal ini demikian kerana saya hanya akan memasukkan info-info yang penting secara ringkas agar pelajar mudah faham dan ingat. Selain itu, saya juga boleh memasukkan contoh-contoh gambar supaya pelajar lebih jelas terhadap info yang ingin disampaikan. Tambahan pula, muzik yang terdapat pada aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan dan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan semasa menonton video tersebut. Namun begitu, terdapat kekurangan di mana terdapat beberapa bahagian yang memerlukan pembelian jika ingin menggunakannya. Selain itu, aplikasi ini bergantung kepada sambungan rangkaian internet dan perlu disesuaikan antara perkakasan dan keperluan perisian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan