Selasa, 25 Disember 2018

Minggu Terakhir - Animation Photoshop

Menghasilkan header menggunakan Photoshop.


Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami pada minggu ini ialah menghasilkan sebuah header bagi wordpress kami dengan menggunakan aplikasi photoshop. Terdapat dua versi photoshop yang boleh digunakan iaitu cs6 dan cc. Terdapat perbezaan diantara dua aplikasi ini kerana cs6 tidak boleh menghasilkan animasi manakala cc model yang terbaharu ini boleh menghasilkan animasi. Bagi header wordpress saya, saya telah menggunakan photoshop model cs6.

Langkah-langkah dalam menghasilkan ialah pertama, tentukan saiz pixel mengikut saiz yang telah ditetapkan dalam header wordpress tersendiri. Setelah itu, menghasilkan sebuah ayat untuk header tersebut dan ayat yang telah saya hasilkan ialah ‘Welcome to my blog’. Saya telah mengubahsuai dengan menggunakan font dan warna yang bersesuaian dengan tema interface wordpress saya. Seterusnya, duplicate layer untuk ayat dan latar belakang mengikut jumlah huruf. Kemudian, bermula dari ayat yang bawah, padam setiap satu huruf sehingga ke layer yang mempunyai ayat penuh tadi. Seterusnya, pergi ke window dan klik timeline dan di sini kita dapat melihat hasil ayat yang telah kita hasilkan akan bergerak seperti video. Seterusnya save dan upload kepada GIF.

Kesimpulannya, penggunaan photoshop ini agak rumit dan memerlukan kesabaran. Terdapat sedikit permasalahan semasa menggunakan aplikasi ini kerana apabila telah delete sebuah layer yang asal, maka ia akan menjejaskan layer yang setelahnya kerana saya telah padam layer huruf awal iaitu ‘w’ dan ia menjejaskan layer yang seterusnya. Namun, telah diperbaiki dengan tunjuk ajar dari pensyarah kami. Selain itu, perlu save setelah siap membuat layer agar ia tidak hilang. Selain itu kekurangan yang terdapat pada photoshop cs6 ini adalah kerana ia tidak boleh memasukkan animasi seperti model cc. Terdapat kekurangan dimana aplikasi ini perlulah di download di dalam laptop terlebih dahulu untuk menggunakannya dan oleh kerana saya tidak download model cc maka saya hanya menggunakan model cs6. Namun begitu, kelebihan aplikasi photoshop cs6 ini ialah ia dapat memberikan header yang menarik dan perkataan tersebut dapat bergerak-gerak. Selain itu, proses melakukannya boleh diundur semula dengan undo semula proses tersebut. Oleh yang demikian tidak perlu risau jika tersalah langkah dan ingin ulang semula.

Header wordpress yang telah saya hasilkan menggunakan photoshop cs6.

Minggu 10 - QR Code

Apa itu QR Code ?


Kod QR (Quick Response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Penggunaan kod QR bebas daripada sebarang lesen. Ia kini diterbitkan sebagai piawai ISO.

KEGUNAAN:

  • Pengiklanan
  • Menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat dan PayTM)
  • Permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.

Antara laman web yang boleh digunakan ialah :

Laman web yang telah saya gunakan untuk projek QR Code saya ialah https://www.qrcode-monkey.com. Kelebihan dalam menggunakan laman web ini ialah boleh digunakan secara percuma. Selain itu, interface di situ menarik dan mempunyai pelbagai pilihan warna serta bentuk yang menarik untuk mereka kod Qr yang kita mahukan. Cara untuk menggunakannya ialah, copy URL video dari youtube yang telah kita publishkan kemudian paste di bahagian ‘content’. Seterusnya, kita boleh mengubahsuai warna yang kita mahukan pada kod Qr  kita tetapi haruslah diingat jika kita hendak menggunakan warna yang agak terang, maka warna di latarbelakang haruslah soft dan sangat cerah supaya apabila scan menggunakan aplikasi telefon bimbit ia dapat dikesan. Setelah itu, jika mahu letak logo syarikat atau identiti kita, boleh diupload di bahagian ‘add logo image’. Kemudian, kita boleh mereka corak kod Qr yang kita mahukan dengan pilihan yang ada di ‘customize design’. Akhirnya, tekan di ‘create Qr Code’ dan setelah kita berpuas hati dengan design tersebut, download PNG. Kesimpulannya, penggunaan laman web Qr Code ini tidaklah susah dan sangat mudah digunakan.

~Sila scan di Qr Code yang telah saya hasilkan~

Teknik Burnishing

Teknik Cross Hatching

Teknik Serabut

Teknik Gosokan

Teknik Layer Hatching

Teknik Normal Hatching

Teknik Parquet

Teknik Titik-Titik


Teknik-teknik Lukisan yang telah dihasilkan untuk pembentangan.


Saya dan rakan saya iaitu rasyidah, telah menghasilkan Qr Code tentang Teknik-teknik dalam lukisan. Kami telah bekerjasama dan membahagikan tugasan secara adil. Terdapat lapan teknik lukisan yang telah kami hasilkan iaitu teknik gosokan, parquet, titik-titik, serabut, normal hatching, cross hatching, layer hatching, dan burnishing. Kami berdua saling bertukar-tukar peranan iaitu apabila seorang melukis, maka lagi seorang pula akan merakam. Kami juga telah melakukan proses editing menggunakan aplikasi video maker dan bekerjasama untuk saling memberi idea dan pandangan dalam menghasilkan editing tersebut dengan menggunakan font, time maker yang sesuai agar tidak terlalu panjang masa tersebut, dan pilihan lagu yang sesuai agar tidak berasa bosan semasa menonton video tersebut. Setelah siap menghasilkan video, kami publish video-video tersebut secara berasingan mengikut teknik-teknik di laman web youtube. Kemudian, kami hasilkan Qr Code bagi setiap teknik tersebut menggunakan URL video yang kami telah publish di youtube. Seterusnya, kami menghasilkan sebuah carta Qr Code tentang teknik-teknik lukisan yang telah kami hasilkan di atas mounting board bersaiz A2. Pada tarikh 18/12/2018, semasa kelas kami yang terakhir, telah dijalankan pembentangan secara berkumpulan tentang projek QR Code yang telah dihasilkan. Pembentangan dapat berjalan dengan lancar dan baik sambil dinilai oleh pensyarah kami iaitu Dr. Syazwani dan refleksi daripada setiap ahli di dalam kelas kami. 


Antara persembahan kumpulan masing-masing tentang teknik mereka dalam seni visual dengan menggunakan aplikasi QR Code.







Minggu 9 - Wordpress

Apa itu WordPress?


Jawapan singkat dari pertanyaan tersebut, WordPress adalah sebuah software/script yang boleh di-install di server/hosting untuk membuat website.

Sejarah singkat WordPress.
WordPress adalah sebuah software digunakan untuk membuat website, baik web peribadi, dan site portal berita.

Tahun 2003 Matt Mullenweg menemukan WordPress karena kebutuhannya akan sebuah software publishing online. Saat itu b2 adalah salah satu software serupa yang telah dihentikan pengembangannya. Maka Matt bersama dengan beberapa rekannya melakukan forking pada code b2 dan jadilah WordPress.

Seterusnya, Movable Type, salah satu platform online publishing lainnya menerapkan harga untuk penggunaannya, maka makin ramai pengguna mencari alternatif yang terkini, WordPress adalah pilihan tepat pada ketika itu. Hingga kini, WordPress berkembang sangat pesat dibawah perusahaan yang didirikan Matt, Automattic.Inc.


Pada minggu ini, pensyarah kami telah memberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah wordpress. Pada mulanya, kami perlu mendaftar terlebih dahulu akaun untuk wordpress tersebut. Seterusnya, kami memilih tema mengikut kreativiti masing-masing. Setelah itu, kami perlu menyusun susunan widget dimana perlunya letak kedudukan kalendar, author, tajuk, dan blog roll rakan-rakan mengenai msp 3062-Pendidikan Seni dan Teknologi. Kelebihan menggunakan wordpress ialah ia menyediakan pelbagai tema untuk dipilih dan plugin yang menarik. Selain itu, penggunaan wordpress juga mudah dan tidak terlalu rumit. Interface juga menarik kerana ia menggunakan interface XML ROC (Remote Procedure Call) untuk proses trackback dan remote posting. Namun, terdapat kekurangan dimana Halaman CSS (cascading style sheet) adalah halaman yang sangat penting untuk mengatur script HTML untuk menampilkan blog dan aplikasi wordpress ini tidak disediakan secara percuma. 


Minggu 8 - Padlet


Tahukah anda apa itu padlet ?
Padlet ialah web kolaboratif yang membolehkan pelajar menjadi seorang penghasil dan juga pada masa yang sama seorang pengguna dan bukan hanya sebagai seorang pengguna biasa. Padlet juga merupakan ialah aplikasi internet yang membolehkan pengguna menyiarkan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Malah, pengguna juga boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai (Sharon Tonner, 2011 dalam, Mohammed Amin Embi, 2013).

Pada minggu ini, pensyarah kami telah menjalankan satu aktiviti dimana mengadakan satu perbincangan secara berkolaboratif tentang Bidang Reka Bentuk dalam Seni Visual dengan menggunakan aplikasi padlet. Pada mulanya kami mendaftar akaun untuk padlet masing-masing. Kemudian, kami mengubahsuai tema di interface padlet mengikut kreativiti masing-masing. Bagi topik perbincangan ini, saya telah memilih untuk berbincang bersama rakan tentang bidang Reka Bentuk Landskap di halaman padlet saya. Dengan itu, terdapat kelebihan iaitu sesi perbincangan dapat berjalan dengan menarik dan santai serta kami saling bertukar-tukar pandangan tentang topik yang dibincangkan di ‘wall’ yang terdapat di halaman tersebut. Tambahan pula, kami dapat saling bertukar-tukar gambar tentang topik yang dibincangkan. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memberikan maklum balas tentang topik yang dibincangkan di halaman padlet rakan-rakan yang lain. Menariknya penggunaan padlet ini kerana kami seramai 11 orang ahli termasuk pensyarah kami dapat bersama-sama berbincang di dalam satu aplikasi. Namun, terdapat kekurangan dalam menggunakan aplikasi padlet di mana ia memerlukan penggunaan internet untuk perbincangan itu dilakukan.



Jumaat, 26 Oktober 2018

Minggu 7 - Perbezaan Powerpoint dan Prezi.


        "Perbezaan Powerpoint dan Prezi"




Powerpoint


Microsoft Powerpoint ialah program persembahan kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. Powerpoint, pada mulanya dinamakan "Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc. Versi Microsoft Powerpoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian daripada duite Microsoft Office. Powerpoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slide dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slide yang paling biasa digunakan boleh didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi Powerpoint untuk digunakan pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.

Prezi



Prezi adalah sebuah aplikasi untuk persembahan berbasic internet (SaaS). Selain untuk persembahan, Prezi juga dapat digunakan sebagai alat untuk mengeksplorasi dan berbahagi idea di atas canvas virtual. Prezi menjadi unggul kerana program ini menggunakan Zooming User Interface (ZUI), yang memungkinkan pengguna Prezi untuk memperbesar dan memperkecil tampilan media persembahan mereka.


Perbezaan Powerpoint dan Prezi :

Perbezaan utama di antara Powerpoint dan Prezi ialah, persembahan Prezi adalah NON-LINEAR (tajuk yang dibentangkan kepada penonton dengan pelbagai jalur dari titik A hingga titik B). Format Non-Linear membolehkan penyampai untuk memlih laluannya sendiri. Dengan kata lain,pengguna boleh melompat masuk dan keluar idea dan diberi banyak fleksibiliti apabila menyampaikan idea. Manakala, Powerpoint adalah alat yang hebat jika kita ingin memberitahu cerita LINEAR (cerita yang bermula pada titik A, berlangsung melalui peristiwa yang membina ke arah klimaks, dan kemudian akhirnya mencapai titik B). Format Linear tidak mudah disesuaikan dengan penonton apabila diperlukan. Mendapatkan ke slide tertentu, sebaik sahaja pembentangan bermula, kadangkala sukar.

Selain itu, dari segi persembahan, Prezi memberikan pembentangan yang lebih menarik dimana  perbezaan unik Prezi dan Powerpoint ialah fungsi zoom. Ini membolehkan penyampai untuk klik latar belakang dengan tetikus dan pembentangan mengagumkan ke gambaran, maka penyampai boleh zoom ke kawasan yang mereka mahukan. Ini membolehkan pengguna untuk meneroka idea-idea dengan lancar. Sekiranya mahukan lebih terperinci pengguna boleh zoom sekali lagi dan kemudian apabila berada di bahagian tertentu, pengguna boleh "pan" untuk mengembangkan idea tersebut atau mendapatkan lebih terperinci. Berbeza dengan Powerpoint di mana persembahannya hanya statik dari slide ke slide.

Daripada slide, Prezi memberikan canvas tanpa had untuk meletakkan susunan idea. Seperti Powerpoint, Prezi membolehkan pengguna menginterasikan imej, teks, video, animasi dan bunyi secara lancar. Walau bagaimanapun, tiada alat yang sama seperti Powerpoint seperti grafik dan carta aliran. Imej lain harus dibuat di luar Prezi dan dibawa masuk. Pilihan reka bentuk terhad Prezi latar belakang terhad untuk dipilih dan masing-masing mempunyai font dan warna yang telah dipilih sebelum ini yang tidak dapat diubah.

Selain itu, dari segi Kos - untuk versi Prezi "Offline" , perlu membayar kos yang agak mahal. Terdapat juga bahagian "Basic" yang boleh kita gunakan  secara percuma. Namun begitu, pilihan reka bentuk dan penyimpanan fail agak terhad. Tidak seperti Powerpoint, di mana ia boleh digunakan tanpa penggunaan internet dan sudah tersedia di desktop.





Minggu 5 & 6 - Menggunakan aplikasi Scratch.




Minggu ke-5 saya telah belajar menggunakan aplikasi Scratch untuk menghasilkan sebuah animasi yang bergerak-gerak, boleh bersuara, dan mempunyai perkataan (text). Saya telah menghasilkan kartun seekor kucing yang berjalan ke kiri dan ke kanan.



 Saya juga telah belajar untuk menghasilkan sebuah animasi yang bergerak-gerak dan mempunyai 'line' yang mengikut arah pergerakan 'mouse' kita.


Pada Minggu ke-6 saya telah belajar untuk menghasilkan sebuah permainan video 'Baby Shark" menggunakan Scratch.



REFLEKSI

Refleksi yang telah saya perolehi semasa menggunakan aplikasi Sratch ini adalah 'interface' yang sangat sederhana dan mudah untuk saya gunakan begitu juga untuk kanak-kanak. Melalui aplikasi Scratch ini saya dapat hasilkan satu permainan video dengan mudah. Terdapat pelbagai animasi di dalam permainan video itu yang boleh kita pilih dan digerak-gerakkan ikut kemahuan kita. Kita boleh mengawal pergerakan animasi tersebut dengan menghasilkan sebuah jalan cerita dengan memilih ikon-ikon yang terdapat di ruangan 'edit'. Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai tema yang menarik yang sesuai sebagai konsep permainan video untuk kanak-kanak. Selain itu juga, jika kita tidak mmpunyai rangkaian internet, kita boleh menghasilkannya melalui Scratch Offline dimana kita boleh menggunakannya apabila tidak mempunyai internet. Namun begitu, terdapat kekurangan dimana Scratch Offline perlu di 'download' terlebih dahulu ke dalam komputer atau laptop.

Minggu 4 - Menggunakan aplikasi Google Drawing dan Autodraw.


"Pembelajaran Menggunakan Aplikasi Google Drawing"


Saya telah menghasilkan satu maklumat tentang Roda Warna menggunakan aplikasi 'Google Drawing'.



Saya juga telah menghasilkan sebuah Carta Pai tentang Obesiti di Malaysia dengan menggunakan aplikasi 'Google Drawing'.

REFLEKSI
Refleksi yang saya dapat melalui penggunaan Google Drawing ini ialah ia sesuai digunakan di pejabat-pejabat yang mempunyai akses internet dan komputer.  Google Drawing sesuai jika kita ingin menghasilkan gambar ilustrasi , logo,  vector dan sebagainya.  Selain itu,  kelebihan Google Drawing ini ialah mempunyai opsyen untuk menyimpan gambar yang telah dihasilkan dalam berbagai format seperti PDF,  SVG,  PNG dan JPEG.  Dengan adanya auto-save maka setiap perubahan semasa menggunakan akan disimpan di dalam Google Drive.  Jadi,  kita tidak perlu risau jika gambar akan hilang semasa internet putus atau slow.  Google Drawing juga boleh menjadi sebuah canvas untuk kita menterjemahkan pelbagai idea. Dengan adanya tool polyline dan fill colour dapat mencipta sebuah potret wajah kartun yang menarik. Namun begitu,  ia memerlukan kesabaran kerana proses dalam menghasilkannya agak susah. Selain itu juga ia memerlukan internet untuk menggunakan dan menyimpan gambar yang kita hasilkan.



"Pembelajaran Menggunakan Aplikasi Autodraw."

Pilih ikon di bahagian 'autodraw' yang berwarna hitam (apabila sudah ditekan), lukis imej yang kita mahukan dan akan keluar  imej-imej kecil database di bahagian atas. Kita boleh pilih imej yang kita mahukan mengikut imej yang kita hendak lukis tadi. Saya hendak melukis awan maka saya telah melukis bentuk awan dan memilih imej awan di bahagian atas supaya lukisan saya nampak lebih kemas dan cantik.

Pilih ikon di bahagian 'Fill Colour' untuk memilih warna yang hendak kita pilih. Terdapat pelbagai jenis pilihan warna yang kita boleh pilih. Saya mahu mewarnakan daun pokok maka saya telah memilih warna hijau muda untuk bahagian daun-daun pokok saya.



lukisan yang telah saya hasilkan menggunakan aplikasi 'Autodraw'.




REFLEKSI
 Refleksi yang saya perolehi ialah Autodraw merupakan sebuah aplikasi berdasarkan web AI keluaran Google untuk mengubah coretan kita menjadi gambar profesional yang menarik. Dapat digunakan untuk membuat sebuah lukisan animasi. Hal ini demikian kerana Artificial Intelligence akan mencuba untuk mencari tahu apa yang ingin kita gambarkan. Kemudian ia akan cuba sesuaikan lukisan kita dengan gambar database-nya. Oleh yang demikian lukisan dapat dihasilkan dengan lebih kemas dan mudah. Aplikasi ini juga sesuai untuk digunakan oleh murid-murid di sekolah kerana penggunaannya tidaklah terlalu rumit. Namun begitu, terdapat kekurangan di mana tidak semua imej dapat sesuai dengan apa yang kita lukis dan mahukan jika lukisan kita terlampau sukar untuk dibaca.

Minggu 3 - Menggunakan aplikasi Powtoon.



REFLEKSI

Refleksi yang saya perolehi daripada penggunaan aplikasi Powtoon ini adalah dapat menghasilkan satu video tentang pengenalan diri saya yang menarik dan interaktif. Hal ini demikian kerana aplikasi Powtoon ini mencakup segala aspek indera iaitu mempunyai pelbagai media yang menarik untuk ditayangkan kepada pelajar. Selain itu juga, ia mempunyai variasi yang pelbagai seperti jenis font yang berbeza,  bentuk,  latar belakang , muzik dan lain-lain.  Seterusnya,  ia juga dapat digunakan dalam kelompok yang besar. Saya juga boleh membuat satu aktiviti di dalam kelas yang mempunyai akses internet untuk pelajar-pelajar menghasilkan satu video tentang 'Pengenalan Diri' menggunakan aplikasi Powtoon ini secara individu dan meneroka 'tools' dan media yang terdapat dalam aplikasi ini. Namun begitu,  terdapat juga kekurangan di mana aplikasi ini terlalu bergantung kepada sambungan rangkaian internet maka terdapat sedikit kesulitan jika rangkaian internet lemah. 


REFLEKSI

Refleksi yang dapat saya simpulkan ialah aplikasi Powtoon ini memudahkan sesi pembelajaran di mana aplikasi ini memperjelas pesanan yang ingin disampaikan agar tidak terlalu bersifat kompleks.  Hal ini demikian kerana saya hanya akan memasukkan info-info yang penting secara ringkas agar pelajar mudah faham dan ingat. Selain itu,  saya juga boleh memasukkan contoh-contoh gambar supaya pelajar lebih jelas terhadap info yang ingin disampaikan.  Tambahan pula,  muzik yang terdapat pada aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan dan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan semasa menonton video tersebut. Namun begitu,  terdapat kekurangan di mana terdapat beberapa bahagian yang memerlukan pembelian jika ingin menggunakannya. Selain itu,  aplikasi ini bergantung kepada sambungan rangkaian internet dan perlu disesuaikan antara perkakasan dan keperluan perisian.

Minggu 2 - Pengenalan Seni Teknologi (menggunakan aplikasi Mentimeter).


"Pembelajaran mengenai Pengenalan Seni dan Teknologi menggunakan aplikasi Mentimeter."

Pada Minggu ke-2, Pensyarah MSP3062 kami iaitu Dr. Syazwani telah menanyakan kami tentang apakah maksud Seni dan Teknologi. Kami memberikan pandangan masing-masing dengan menggunakan aplikasi mentimeter. Kemudian pandangan kami itu dipaparkan di hadapan LCD. Teknologi di dalam Pendidikan Seni adalah lebih tertumpu kepada penggunaan bahan elektronik dan perkomputeran. Selain itu juga, kami juga diminta untuk memberikan pendapat tentang pengetahuan yang kami ada tentang Web 2.0 dan Web 3.0 melalui aplikasi mentimeter.

Web 2.0 memindahkan halaman HTML statik ke pengalaman web yang lebih interaktif dan dinamik. Web 2.0 memberi tumpuan kepada keupayaan orang untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam talian menerusi media sosial, blog dan komuniti berasaskan Web. Web 2.0 memberi isyarat perubahan di mana web di seluruh dunia menjadi pengalaman interaktif antara pengguna dan penerbit Web. Ia juga mewakili versi Web yang lebih popular, di mana alat-alat baru membolehkan hampir semua orang menyumbang, tanpa mengira pengetahuan teknikal mereka.


Manakala, Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web semantik. Keunikan dari Web 3.0 adalah konsep dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Selain itu juga, jika seseorang sedang bersiap sedia untuk bercuti dan perlu mencari penerbangan murah dan penginapan serta makanan, Web 3.0 akan dapat mengikis semua maklumat ini dan membentangkannya kepada pengguna dengan cara yang sangat pintar,dan membuat cadangan yang tepat dan menguntungkan berdasarkan profil pengguna.








Sila tekan link dibawah untuk mencuba aplikasi ini:



REFLEKSI (Mentimeter)

Refleksi yang dapat saya simpulkan melalui penggunaan aplikasi Mentimeter ini ialah merupakan satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran. Kelebihan penggunaan Mentimeter ialah peransang dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian saya dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Selain itu, boleh memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis. Seterusnya, memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘ pada Mentimeter, pelajar bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat dapat dipertingkatkan.

Minggu Terakhir - Animation Photoshop

Menghasilkan header menggunakan Photoshop. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami pada minggu ini ialah menghasilkan sebuah header...